Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Al Mubarakh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
    Sempena dengan bulan yang mulia ini.ingin saya mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah melahirkan saya. Syukur saya panjatkan ke tuhan yang maha esa Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    Bercakap tentang bulan yang mulia ini, ingin saya mengingatkan diri saya sendiri serta rakan-rakan saya diluar sana agar sentiasalah berjimat. Memang telah diketahui ramai pada bulan puasa ini terdapat banyak bazaar yang menjual juadah berbuka puasa, godaan itu ada di mana mana. Maka dengan itu marilah kita sama sama menganjurkan agar berjimat dan hanya membeli sekadar termampu agar dapat kita mengelakkan pembaziran.
    Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan. Kasihanilah bahawa terdapat manusia diluar sana yang bersusah payah untuk mendapatkan sesuap nasi. Marilah kita beramai ramai saling ingat mengingati agar berbelanja dengan bijak dan mengikut keperluan diri bukan mengikut hawa nafsu diri..
    Sekian.yang baik itu datang dari tuhan yang maha esa Allah SWT dan yg buruk itu datang dari diri saya sendiri..Wassalam..Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

No comments:

Post a Comment